Suruhanjaya Tinggi sedia bawa pulang rakyat Malaysia jika perang India-Pakistan semakin tegang - Semasa | mStar

Suruhanjaya Tinggi sedia bawa pulang rakyat Malaysia jika perang India-Pakistan semakin tegang

Ketegangan di zon perang, Kashmir semakin membimbangkan. - Foto AP

SURUHANJAYA Tinggi Malaysia di New Delhi bersiap siaga untuk memindahkan rakyat Malaysia jika keadaan memerlukan, susulan ketegangan yang semakin memuncak antara India dan Pakistan.

Misi Diplomatik Malaysia menasihati rakyat Malaysia agar mengelak melakukan perjalanan tidak perlu ke negeri Jammu dan Kashmir kerana jet pejuang tentera India dan Pakistan terlibat dalam pertempuran pada sebelah siang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakistan tembak dua jet tentera, India tuntut bebaskan tawanan juruterbangnya

"Setiap orang digesa agar sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga dan memantau perkembangan menerusi laporan berita. 

"Suruhanjaya Tinggi mempunyai SOP (prosedur operasi standard) untuk pemindahan, yang akan diaktifkan jika keadaan memerlukan," katanya.

Terdapat 80 keluarga rakyat Malaysia yang menetap di timur India, di mana beberapa lapangan terbang telah menunda penerbangan komersial pada Rabu.

Situasi di Kashmir. - Foto AP

"Mereka semua berada dalam keadaan baik-baik sahaja, berdasarkan situasi semasa. 

"Setakat ini kami menasihati semua rakyat Malaysia agar mengelak melakukan perjalanan yang tidak perlu ke negeri Jammu dan Kashmir, kawasan yang bersempadan dengan Jammu dan Kashmir, serta kawasan di sepanjang sempadan India-Pakistan," kata Suruhanjaya Tinggi itu kepada Bernama.

Dengan lebih 210 penerbangan mingguan, perjalanan atas sebab perniagaan dan libur antara India dan Malaysia adalah signifikan.

Beberapa lapangan terbang di utara India - Srinagar, Jammu Leh, Dehradun, Pathankot, Amritsar, Shimla, Kangra, Kullu Manail, Pithoragath - telah ditutup kepada pesawat awam pada sebelah siang, lapor media tempatan.

Sekatan itu kemudian telah ditaril balik dan penerbangan disambung semula, bagaimanapun " berdasarkan situasi semasa, penutupan sedemikian boleh dilaksanakan oleh pihak berkuasa India dari semasa ke semasa," menurut Suruhanjaya Tinggi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain