suria

Australia tolak rayuan suaka politik Sirul, tidak diekstradisi ke Malaysia

MAHKAMAH di Australia menolak rayuan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar yang mengemukakan permohonan rayuan bagi mendapat suaka politik susulan dakwaan kes bunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Portal berita ABC News melaporkan, rakan sekutu Sirul di Australia yang enggan dikenali berkata beliau mengendalikan kes Sirul bagi mendapatkan perlindungan ke Tribunal Rayuan Pentadbiran di Sydney.

“Dia mahu dibebaskan untuk hidup dalam masyarakat Australia, dibebaskan dari tahanan supaya dia boleh bergaul dengan masyarakat Australia kerana menganggap jenayah melibatkan dirinya berunsurkan politik,” kata rakan sekutunya itu.

ABC melaporkan, selepas melalui proses mahkamah yang panjang, tribunal terbabit bagaimanapun menolak tuntutan awal Sirul dan rayuannya pada Isnin lalu dengan alasan ia bukan jenayah politik.

Bagaimanapun, Australia tidak akan mengekstradisi Sirul ke Malaysia sehingga hukuman mati dihapuskan di negara itu.

Altantunya, 28, dipercayai ditembak mati sebelum mayatnya diletupkan dengan bahan letupan di kawasan Empangan Subang pada 2006.

Pada 2009, Sirul dan rakannya, Azilah Hadri disabitkan bersalah kerana membunuh Altantunya dan mereka dijatuhkan hukuman mati.

Sirul, Altantuya, Australia, suaka politik

Artikel Lain