suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Umno Kelantan harap wujud penyatuan dengan PAS

FOTO: Liew Chin Tong

UMNO Kelantan berharap hubungan dengan PAS dapat direalisasikan dengan membentuk satu hubungan lebih kukuh yang bukan sahaja persefahaman dalam kerjasama tertentu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata hasrat berkenaan sudah dinyatakan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui satu memorandum yang disampaikan sebelum ini.

"Badan Perhubungan Umno Kelantan adalah antara yang terawal membuat ketetapan bukan sahaja menyokong malah mendesak agar penyatuan politik dilaksanakan.

"Kita memohon agar satu pakatan hendaklah disegerakan. Sekarang keadaan bangsa dan agama cukup terancam dan amat penting wujudnya penyatuan," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam bersama Media di sini, malam Rabu.

Jelasnya, apa yang perlu dilakukan lagi adalah perundingan lanjut dan sesuatu perlu diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

Sementara itu, mengulas mengenai penghijrahan beberapa pimpinan UMNO Kelantan termasuklah Anggota Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Anggota Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Ahmad Jazlan menegaskan tindakan itu tidak akan melemahkan Umno Kelantan.-- BERNAMA

Datuk Ahmad Jazlan Yaakob, UMNO, PAS

Artikel Lain