"Saya pencuri hati rakyat" - Najib - Semasa | mStar

"Saya pencuri hati rakyat" - Najib

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan dirinya sebagai pencuri hati rakyat.

Itu reaksi ringkas Najib sebagai membalas dakwaan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menggelar beliau seorang pencuri.

“Saya pencuri hati rakyat,” katanya kepada pemberita di Tesco Semenyih malam Rabu.

Najib berkata beliau tidak menduga kehadirannya menerima sambutan luar biasa di kalangan penduduk di situ.

Kehadiran Najib kira-kira pukul 8.40 malam disambut dengan laungan 'Bossku', 'Malu apa' dan 'Hidup'.

Ditanya mengenai harga barang setelah meninjau pusat beli-belah berkenaan, najib berkata tidak dapat menjelaskan keadaan sebenar kerana terlampau ramai pengunjung yang menggerumuni beliau.

“Saya dapat beli, tapi tidak dapat buat tinjauan kerana terlalu ramai kerumun keliling saya, jadi saya tidak dapat buat tinjauan sebenarnya," katanya.

Najib Tun Razak , Bossku

Artikel Sebelum

Lelaki cari ketam maut dibaham buaya di Miri

Artikel Berikut

Artikel Lain