suria

Kematian anak Menteri Kewangan II Sarawak diklasifikasi mati mengejut

Andrew Wong Kee Yew.

POLIS mengklasifikasikan kematian Datuk Andrew Wong Kee Yew, 42, pada Ahad sebagai kematian mengejut.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, tiada yang mencurigakan berhubung kematian Andrew, yang merupakan satu-satunya anak lelaki Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh.

"Saya di sini malam tadi (Ahad) bersama pasukan penyiasat. Tiada yang mencurigakan. Pasukan perubatan turut berada di sini dan mereka mengesahkan kematian," katanya.

Stanley menggesa orang ramai untuk tidak membuat spekulasi berhubung kematian Andrew, sambil menambah bahawa bedah siasat akan dilakukan di Hospital Sibu.

"Jangan buat spekulasi sehingga bedah siasat dilakukan, mungkin hari ini atau esok," katanya kepada pemberiya di kediaman Soon Koh di Sibu, Sarawak pada Isnin.

Andrew dikatakan rebah dan meninggal dunia pada pukul 11.15 malam di kediaman keluarganya.

Pada Isnin, sumber memberitahu The Star Online bahawa Andrew mungkin meninggal dunia akibat strok.

Soon Koh turut meminta orang ramai supaya menghormati privasi mereka ketika ini.

Beliau berkata, Andrew mungkin meninggal dunia akibat keletihan selepas pulang dari aktiviti jet ski. - The Star

Artikel Lain