suria

Dijangka seribu 'kaki pancing' serbu JPKL Ahad depan

Mohd Nazam Bin Harun (dua,kanan) dan para penaja Oyoshi dan IGLOO-UFL melepaskan spesis ikan patin dan jelawat bagi acara Ahad depan.

DIJANGKA seribu peserta 'kaki pancing' bakal memenuhi Taman Tasik Metropolitan, Kepong, Kuala Lumpur sempena Jelajah Pancing Kuala Lumpur (JPKL) 2019 pada 10 Februari ini.

Edisi ke-8 JPKL diadakan manakal siri pertama anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2019.

Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Mohd Nazam Harun berkata, sebanyak 10 lokasi pertandingan jelajah memancing ini disediakan.

"DBKL berpuashati penganjuran jelajah sepanjang lapan tahun ini yang telah menaikkan dan meningkatkan kesedaran warga kota bersantai bersama-sama keluarga memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi dalam aktiviti sihat ini selain temanya 'Jom Pancing Rakyat Ceria Komuniti Sejahtera'.

“Dengan adanya aktiviti sihat pada hujung minggu, diharapkan program pada tahun ini dapat menambahkan semangat rasa cinta kepada Wilayah Persekutuan dalam usa­ha memastikan keharmonian serta perpaduan warganya terus dikekalkan demi kesejahteraan bersama.

“Malah inilah waktu terbaik bersama keluarga dengan menyertai pertandingan dan seterus mewujudkan ceria bersama komuniti setempat," jelasnya dalam satu kenyataan kepada media.

Menurut Mohd Nazam hadiah keseluruhan wang tunai dari RM19,000 telah dinaikkan kepada RM20,000 manakala setiap peserta yang mendaftar dan diberi barangan dari penaja.

“Juara pertandingan ini akan membawa pulang RM6,000 diikuti RM2,000 untuk naib juara dan ketiga bakal memperoleh RM1,000.

"Pemenang keempat hingga ke-10 akan menerima RM200, pemenang tempat ke-11 hingga 80 menerima RM100 setiap seorang manakala tahun ini pihak DBKL turut menyediakan hadiah khas untuk pemenang ikan keli di mana juara menerima RM300, kedua RM200, ketiga hingga ke 7, RM100 dan tempat ke lapan hingga ke 10, RM50" katanya.

Beliau berkata demikian ketika melepaskan lebih satu tan ikan pelbagai spesies di tasik itu pada Jumaat, antaranya ikan patin dan jelawat bersaiz antara 4 hingga 5 kilogram.

Tambahnya lagi antara lokasi baru yang akan diadakan nanti antaranya Tasik Perdana Botani dan Tasik Sri Rampai manakala lokasi lain yang menanti peminat kaki pancing Tasik Ampang Hilir, Tasik Metropolitan Batu dan Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur.

Jelasnya Taman Tasik Metropolitan mempunyai keunikan tersendiri kerana banyak spesies ikan terbaik termasuk tongsan, belida dan toman bersaiz 10 hingga 15 kilogram menanti kaki pancing.

Turut memeriahkan acara tahun ini dengan kehadiran Oyoshi dan Igloo sebagai rakan strategik bersama.

Yuran RM40 dikenakan untuk sebatang joran dan pendaftaran boleh dibuat di meja urus setia di lokasi pertandingan pada sabtu nanti dari pukul 1 petang hingga 10 malam.

Kaki pancing

Artikel Berikut

Artikel Lain