suria

Kerajaan Johor akan teliti tuntutan RM300 bilion waris Datuk Mohammed Salleh Perang

Mohd Zaini (kiri) memegang geran tanah moyangnya pada sesi sidang akhbar yang diadakan di Orchard Golf and Resorts di Kulai pada Jumaat. Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2019/01/18/tuntut-harta-moyang/#UM5Vp7Yj3WQZIlIf.99

KERAJAAN Negeri Johor akan menyemak dan memperhalusi tuntutan harta pusaka oleh keturunan Datuk Bentara Luar Johor, Allahyarham Datuk Mohammed Salleh Perang.

Menteri Besar Datuk Osman Sapian berkata semakan perlu dilakukan kerana harta yang dituntut adalah dari tahun 1856.

ARTIKEL BERKAITAN: Cicit aristokrat Johor mahu tuntut harta pusaka lebih RM300 bilion

"Kita kena tengok balik. Saya rasa mereka yang ada pada hari ini, macam Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pengarah Tanah dan Galian (PTG) negeri pun tidak berapa maklum mengenai kesemua perkara ini melainkan kita mempunyai rekod untuk membolehkan kita menyemaknya. Jadi, dengan itu, barulah saya boleh beritahu kedudukan yang sebenar,” katanya.

Ditanya mengapa PTG tidak memberi maklum balas terhadap surat waris Allahyarham yang menginginkan pengesahan pejabat itu berhubung aset-aset yang dituntut, Osman berkata beliau harus meneliti sejauh mana kebenaran tersebut.

Osman ditemui pemberita selepas majlis makan malam dan menandatangani Memorandum Persefahaman antara Johor Corporation (JCorp) dan lapan agensi serta syarikat berkaitan negeri, Sabtu.

Dalam satu sidang media tempoh hari, waris keturunan Mohammed Salleh memohon kepada kerajaan negeri agar memberikan kerjasama untuk menyerahkan harta pusaka milik Allahyarham yang didakwa bernilai sehingga RM300 bilion.

Wakil Waris Pentadbirnya, Mohd Zaini Aris berkata penyerahan harus dilakukan secara jujur, amanah dan berhemah kerana pihaknya mempunyai dokumen yang sah seperti geran tanah untuk membuktikan Allahyarham masih mempunyai aset-aset di beberapa daerah yang hingga kini masih belum dipindah milik kepada waris yang berhak.

Mohd Zaini juga mendakwa mereka telah berusaha mendapatkan harta pusaka berkenaan pada 2016 dengan bantuan peguam, namun, tidak dapat diteruskan kerana dikatakan dihalang pihak tidak bertanggungjawab.-BERNAMA

Artikel Lain