suria

Operasi SAR kereta terhumban di Jambatan Pulau Pinang diteruskan

Operasi mencari dan menyelamat diteruskan.

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) kereta yang jatuh ke laut selepas terlibat dalam kemalangan di jambatan Pulau Pinang diteruskan.

Pasukan penyelamat menjalankan operasi pencarian sekitar kawasan KM4.0 jambatan itu dengan radius 15 meter pada Ahad.

Terdahulu, sebuah kereta dilaporkan terhumban ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain pada awal pagi Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta terhumban dalam laut selepas kemalangan di Jambatan P.Pinang

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Perai Azlan Hassan berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.54 pagi memaklumkan berlaku kemalangan membabitkan dua buah kenderaan dan sebuah daripadanya telah terhumban ke dalam laut.

Beliau berkata sepasukan pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dari BBP Perai yang tiba di lokasi kejadian mendapati sebuah kenderaan jenis Toyota Vios dan pemandunya berusia 20-an mengalami kecederaan ringan akibat kemalangan berkenaan.

"Sebuah lagi kereta yang terlibat dalam kemalangan itu telah terjatuh ke dalam laut namun pihak kami masih belum dapat memastikan jenis kenderaan dan status mangsa di dalam kereta tersebut," katanya di George Town, Ahad. - The Star

SAR, kereta terhumban

Artikel Lain