suria

Dua beranak, kereta dilarikan penjenayah

MACHANG: Dua beranak termasuk bayi berusia setahun dilarikan dua lelaki bersama kereta milik mereka di bandar ini, Rabu malam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, Asisten Superintendan Mohd Shamsuri Mohd Zain berkata, mangsa bagaimanapun ditinggalkan di kawasan berdekatan selepas beberapa minit dilarikan.

Katanya, dalam kejadian pukul 9.45 malam itu, ibu dan anak itu dikatakan sedang menunggu si bapa di dalam kereta sementara menutup kedai di kawasan berdekatan.

"Dua lelaki Melayu yang tidak dikenali telah membuka pintu kereta mangsa dan masuk di bahagian tempat pemandu serta belakang pemandu.

"Lelaki tersebut kemudiannya melarikan kereta jenis Perodua Kelisa dengan nombor pendaftaran WJV 5315," katanya, Khamis.

Tambahnya, kedua-dua mangsa bagaimanapun selamat dan tidak mengalami kecederaan.- Sinar Harian

Perodua

Artikel Berikut

Artikel Lain