Pekerja kebun terkena peluru sesat di leher - Semasa | mStar

Pekerja kebun terkena peluru sesat di leher

IPOH: Seorang pekerja kebun cedera di bahagian leher dipercayai terkena peluru sesat ketika sedang membersihkan kebun buah-buahan di belakang Taman Kinta Perdana dekat Batu Gajah di sini, bersama dua rakannya.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Ahmad Adnan Basri berkata mangsa Muhammad Safwan Abu Jaapan, 20, kini berada dalam keadaan stabil dan telah dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, untuk mengeluarkan serpihan, disyaki peluru penabur di leher mangsa.

Beliau berkata polis menerima laporan daripada Pembantu Perubatan bahagian Wad kecemasan Hospital Batu Gajah bahawa mangsa disyaki terkena tembakan peluru sesat di leher kira-kira 5.45 petang.

Katanya, berdasarkan siasatan, rakan mangsa terdengar bunyi letupan sebelum menyedari mangsa yang berada berhampirannya rebah dan darah mengalir di leher.

“Kejadian disyaki akibat peluru sesat yang dilepaskan oleh pemburu haram yang sering memburu ayam hutan dan binatang lain di situ,” katanya dalam kenyataan Rabu malam.

Beliau berkata kawasan kebun buah-buahan yang berpagar itu telah diteroka sejak 10 tahun lalu.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960. - BERNAMA

Muhammad Safwan Abu Jaapan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain