“Palsu” - Akaun FB tular bukan milik KP Pelajaran - Semasa | mStar

“Palsu” - Akaun FB tular bukan milik KP Pelajaran

Akaun Facebook yang tular melalui aplikasi FB Messenger bukan milik KP Pelajaran Malaysia.

PETALING JAYA: Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Amin Senin menafikan kewujudan satu akaun Facebook kononnya milik beliau yang tular melalui aplikasi FB Messenger.

Amin dalam satu kenyataan pada Rabu berkata akaun tersebut adalah palsu.

"Ia palsu kerana saya tidak pernah membuka akaun sedemikian," katanya.

Pada masa sama, Amin turut menyangkal mesej yang dimuat naik akaun tersebut.

"Mesej itu tidak benar sama sekali," katanya.

Mesej yang dimuatnaik itu menyebut beliau akan memberikan geran sebanyak AS$150,000 (RM616,695) bagi membantu orang tua, pencen pekerja dan individu tidak bekerja, remaja, orang kurang upaya, pembayaran bil, pembelian rumah, permulaan perniagaan, pembiayaan persekolahan dan bantuan membesarkan anak-anak.

Susulan itu, Amin menasihati orang ramai agar tidak mempercayai mesej yang tular itu.

"Saya juga berharap agar netizen tidak menyebarkan maklumat palsu itu," katanya.

Amin Senin , Facebook , palsu

Artikel Sebelum

Ustazah sekolah dikhuatiri hilang

Artikel Berikut

Artikel Lain