suria

Kadar sewa kuarters PPj tak naik

PUTRAJAYA: Kadar sewa kuarters milik Perbadanan Putrajaya (PPj) Blok F dan Blok G di Presint 11 di sini kekal tanpa sebarang kenaikan.

Presiden PPj Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata PPj telah membuat keputusan untuk tidak menaikkan kadar sewa kuarters milik PPj di Presint 11 kerana tidak sesuai dilaksanakan dalam keadaan semasa.

Beliau berkata perkara itu diputuskan selepas berbincang dengan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Pada Isnin, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam catatan di Facebook miliknya mendakwa kadar sewa kuarters PPj naik berganda dari RM400 kepada RM800 sebulan serta menyertakan dua keping gambar notis makluman kadar baharu sewaan kuarters Blok F dan G milik PPj Presint 11.

Dalam notis makluman kadar baharu, ia menyatakan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan PPj telah menetapkan kadar baharu bagi sewaan kuarters PPj iaitu Blok F (Aras 1 hingga 16) ialah RM800 manakala Blok G Aras bawah dan Aras 1 ialah RM800 manakala Aras 2 (RM700) dan Aras 3 dan 4 (RM600). - BERNAMA

kuarters, PPj

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain