suria

Berita tular rakyat Malaysia ‘ditelan’ mesin pengisar, dua lelaki biar wanita hamil berdiri dalam LRT paling top 2018

TAHUN 2018 sudah pun melabuhkan tirainya. Sepanjang tahun lalu, terdapat pelbagai isu tular yang mencuri perhatian rakyat Malaysia.

Sebagai penutup 2018, kami senaraikan berita-berita tular terhangat yang meraih jumlah bacaan tertinggi di mStar Online.

Pada November lalu, negara dikejutkan dengan berita seorang rakyat Malaysia yang nyaris maut setelah kehilangan hampir separuh anggota tubuhnya akibat 'ditelan' sebuah mesin pengisar sampah.

Pemuda kelahiran Pulau Pinang yang berusia 21 tahun itu ditimpa kecelakaan ketika bekerja di sebuah kilang kitar semula di Samseong yang terletak di Seoul, Korea Selatan.

Meskipun anggota tubuhnya kini sudah tidak sempurna, Danial Arief Ahmad Fuat enggan menoleh ke belakang dan kekal positif untuk mengharungi kehidupan pada masa akan datang.

Setelah dua bulan insiden tragis itu berlalu, mStar Online berjaya mendapatkan mangsa untuk menceritakan perasaannya ketika kemalangan tersebut berlaku.

Detik ketika sebahagian anggota tubuh Danial Arief 'ditelan' oleh mesin pengisar sampah.

“Saya terfikir apa salah silap saya. Ya Allah, apa dosa-dosa saya? Masa kejadian tu, saya terfikir adakah ia kali terakhir saya melihat dunia.

“Saya hanya terbayang itulah kali terakhir saya bernafas… untuk hidup. Tapi, kemudian saya terfikir yang mungkin ini adalah kesempatan kedua yang diberikan Allah untuk saya bertaubat,” katanya yang masih menjalani rawatan susulan di Seoul Korea Selatan.

Tragedi yang menimpa pemuda yang mesra disapa Danny itu dibaca sebanyak 150,155 kali.

Lelaki dituduh sengaja biarkan perempuan hamil berdiri

Selain itu, gambar yang menunjukkan dua lelaki duduk di tempat duduk LRT sedangkan seorang wanita yang sarat hamil berdiri di sebelah mereka turut tular di media sosial. 

Hanya kerana sekeping gambar, mereka dituduh sengaja tidak memberikan tempat duduk kepada penumpang hamil tersebut.

Seorang lelaki tampil membersihkan namanya dan penumpang lain dengan menyatakan bahawa mereka tidak menyedari kehadiran wanita hamil tersebut.

Gambar dirakam ketika penumpang lelaki tidak menyedari kehadiran wanita hamil sedang berdiri berhampiran mereka.

Muhammad Firdaus menjelaskan bahawa dia dan beberapa penumpang lain segera menawarkan tempat duduk masing-masing sebaik mereka menyedari kehadiran ibu hamil berkenaan.

Blogger cantik leka menari

Seterusnya, berita tular tentang seorang blogger cantik menari ketika pelancaran koleksi turban Be Lofa turut mendapat jumlah bacaan tertinggi.

Aksinya menari dengan gerakan tarian yang mengghairahkan pada majlis pelancaran koleksi hijab terbaharu tersebut menerima kecaman hebat dalam kalangan netizen.

Akur tersilap langkah, personaliti Youtube, Nisa Kay enggan menegakkan 'benang basah' dengan mempertahankan tindakannya pada majlis pelancaran yang berlangsung Februari lalu.

Aksi Nisa Kay ketika dirakam menari pada pelancaran koleksi hijab Be Lofa.

"Saya akui, perlakuan saya itu tidak seharusnya berlaku dan sama sekali tidak menggambarkan diri saya sebenar serta imej sebagai wanita bertudung.

"Saya akui, saya tidak memaparkan contoh yang baik, lebih-lebih lagi dengan reputasi yang perlu dijaga," katanya kepada mStar Online pada Selasa.

Berikut ini ialah 10 berita paling hangat di mStar Online sepanjang 2018. Sila klik di tajuk artikel untuk membaca berita penuh.

1. “Gambar tular itu tidak benar!” - Lelaki dituduh tak bertolak ansur terhadap wanita hamil pertahan diri

2. Separuh badan anak hancur 'ditelan' mesin kitar sampah, keluarga mohon bantuan 

3. Blogger cantik ini mengaku lalai dibuai muzik kelab malam pelancaran Be Lofa 

4. Bukan 39 tapi cikgu BM bagi 30/100 kepada Syed Saddiq

5. “Isteri Saya Jadi Mangsa Buli Siber Nedim” - Nazri Aziz

6. “Saya sebenarnya...” - Pengakuan Gadis ‘Manja Lapar'

7. “Sebab saya lambat ambil, mereka ‘kantoi’ berdua-duaan”

8. Isteri 'ikut' suami sehari selepas dikebumikan di Makkah, "Saya hanya cakap mama papa balik minggu depan, tiket tak ada..."

9. Dipandang rendah kerana sarung uniform ‘pak guard’, kini pemuda ini sudah bergelar penganalisis IT

10. Seram! Dapat tambang daun kering, isteri pemandu Grab dedah, “Wanita tu pelik, sikit-sikit gelak”

berita tular

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain