suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tun M curi masa habiskan baca ‘A Street Cat Named Bob’

Dr Mahathir dirakam membaca buku kegemaran di sebuah taman di kediamannya.

PETALING JAYA: Seperti rakyat lain yang mungkin sedang berehat sempena cuti perayaan, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut mencuri peluang untuk melakukan perkara sama.

Dr Mahathir kelihatan begitu menikmati masa terluang untuk menghayati bahan bacaan sambil berehat di kerusi taman kediamannya.

"Saya tidak sempat untuk membaca buat sementara waktu ini. ‘A Street Cat Named Bob’ - salah satu buku kegemaran saya," tulis Dr Mahathir pada kapsyen dua gambar yang dimuat naik oleh beliau di Facebook.

‘A Street Cat Named Bob’ yang ditulis oleh James Bowen adalah kisah sebenar tentang persahabatan antara seorang lelaki di jalanan dan kucing yang dibela yang membantunya kembali membina semula kehidupannya. - The Star

Artikel Lain