suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakyat Malaysia cedera parah dalam kejadian tsunami Selat Sunda

Tsunami melanda Selat Sunda pada Sabtu sehingga mengorbankan ratusan mangsa.

PETALING JAYA: Seorang warga Malaysia dilaporkan cedera parah dalam kejadian tsunami di Indonesia.

Menurut Agensi Pencarian dan Penyelamat Indonesia (Basarnas), Khairul Umam Masduki mengalami kecederaan pada bahagian kaki yang membuatkan mangsa tidak dapat berjalan ketika bencana itu berlaku.

Lelaki berusia 31 tahun itu berjaya menyelamatkan diri ke tempat tinggi dan kemudian diselamatkan oleh pasukan penyelamat.

Turut dilaporkan bahawa penyelamat Indonesia menggunakan dron dan anjing pengesan untuk mencari mangsa yang terselamat di sepanjang pantai barat Jawa pada Selasa.

Tsunami tersebut mengorbankan sekurang-kurangnya 429 orang, dan agensi bantuan memberi amaran bahawa lebih banyak mangsa dijangka akan ditemui ketika carian itu dikembangkan.

Sekurang-kurangnya 154 orang masih hilang. Lebih daripada 1,400 cedera, dan beribu-ribu penduduk terpaksa berpindah ke tempat yang lebih tinggi.

Amaran air pasang surut dilanjutkan hingga Rabu.

Pada Sabtu, tsunami berlaku berpunca daripada kejadian tanah runtuh yang disebabkan oleh letusan gunung berapi Anak Krakatau.

Ia merupakan bencana alam ketiga terbesar yang menyerang Indonesia dalam tempoh enam bulan. - The Star

tsunami, Selat Sunda

Artikel Sebelum

Artikel Lain