Zainuddin seorang tokoh wartawan ulung yang senang dihubungi, beri maklumat

Zainuddin ketika dirakam bersama buku beliau yang berjudul Di Depan Api di Belakang Duri.

PUTRAJAYA: Pemergian bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada dunia kewartawanan negara oleh rakan-rakan Allahyarham.

Bekas Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan berkata Zainuddin adalah tokoh wartawan ulung yang harus dijadikan contoh oleh wartawan masa kini.   

Mula mengenali Allahyarham ketika menjalani praktikal di Utusan Malaysia pada tahun 1987, Zaini berkata Allahyarham yang merupakan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan ketika itu adalah seorang yang sangat tegas dan tidak mudah terikut-ikut dengan rentak politik semasa.

"Sejarahnya terlalu lama bermula di Maktab Mahmud, Alor Setar, kemudian sebagai wartawan sambilan Utusan, merangkak dari bawah dan bersama-sama membuat liputan yang hebat.

"Kalau kita baca buku beliau Di Depan Api di Belakang Duri kita akan tahu kisah-kisah yang beliau lalui sepanjang berkhidmat dengan Kumpulan Utusan," katanya ketika ditemui pemberita di kediaman Allahyarham di Presint 10, di sini pada Jumaat malam.

Jenazah Allahyarham tiba di kediamannya di Presint 10, Putrajaya. - Bernama

Seorang lagi sahabat Allahyarham, Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Datuk Roslan Othman, berkata beliau  mengenali tokoh wartawan itu semasa beliau (Roslan) berkhidmat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu merupakan Perdana Menteri Keempat.

"Beliau seorang yang senang dihubungi dan mudah untuk mendapat maklumat daripadanya," katanya sambil menambah Utusan Malaysia hilang sebutir mutiara yang sangat bernilai.

Kediaman Allahyarham terus dikunjungi oleh keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai bagi memberikan penghormatan terakhir sejak jenazah dibawa pulang dari Hospital Serdang pada pukul 10.40 malam, Jumaat.

Antara yang turut kelihatan ialah Penasihat Khas Media dan Komunikasi kepada Perdana Menteri, Datuk A. Kadir Jasin, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya dan bekas Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Tan Sri Hashim Makarudin.

Zainuddin, 79, meninggal dunia di Hospital Serdang kira-kira 6.40 petang Jumaat kerana serangan jantung.

Zainuddin yang lebih dikenali dengan nama Zam, dirawat di Hospital Putrajaya sejak 12 Nov dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan setelah dikesan paru-parunya berair sebelum dipindahkan ke Hospital Serdang. - Bernama

Zainuddin Maidin

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain