suria

2 Zahid didakwa terbabit kes pecah amanah, rasuah

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ditahan dengan dakwaan baharu berkaitan jenayah pecah amanah yang membabitkan nilai RM10 juta.

Tuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob pada Jumaat.

Ahmad Zahid yang diamanahkan dengan RM10 juta milik Yayasan Akalbudi telah didakwa melakukan kesalahan itu melalui perbuatan memberi pinjaman kepada Armada Holdings Sdn Bhd secara tidak jujur.

ARTIKEL BERKAITAN: Isa Samad didakwa pecah amanah, 9 pertuduhan rasuah lebih RM3 juta

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad cawangan Jalan Bunus, Jalan Masjid India di sini pada 8 Disember 2015.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Ahmad Zahid bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dakwaan tersebut.

Sementara itu, setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhammad Zahid Md Arip (gambar) turut dikaitkan dengan dakwaan rasuah ke atas Tan Sri Isa Abdul Samad.

Muhammad Zahid merupakan bekas pegawai khas Isa, telah disebutkan dalam sembilan daripada 10 dakwaan rasuah terhadap bekas pengerusi Felda tersebut.

Pada 30 Mei, Muhammad Zahid dilantik sebagai setiausaha politik kepada Dr Mahathir.

Menurut kertas pendakwaan, Zahid bertindak sebagai orang tengah antara pengarah Gagasan Abadi Properties Sdn Bhd Ikhwan Zaidel dan Isa.

Isa dituduh menerima menerima rasuah berjumlah lebih RM3 juta bagi meluluskan pembelian sebuah hotel di Kuching, Sarawak oleh Syarikat Felda Investment Corporation (FIC) Sdn Bhd.

Rasuah itu dikatakan bertujuan untuk memudahkan pembelian Felda Hotel & Suites Merdeka di sana. - The Star

Artikel Lain