Hospital Tampin dapat panggilan ancaman bom daripada individu tidak dikenali - Semasa | mStar

Hospital Tampin dapat panggilan ancaman bom daripada individu tidak dikenali

Hospital Tampil terima panggilan ancaman bom pada pagi Jumaat. - Gambar daripada Facebook

TAMPIN: Hospital Tampin pada awal pagi Jumaat menerima satu panggilan ancaman bom di kawasan berkenaan daripada individu yang tidak dikenali.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Norazam Khamis yang mengesahkan perkara itu berkata, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tampin dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan daripada pejabat Pegawai Daerah Tampin  pada 6.50 pagi.

Katanya, polis sedang membuat pemeriksaan manakala pesakit hospital berkenaan sedang dipindahkan ke kawasan selamat.

"Saya juga sedang ke sana untuk memantau kejadian," kata Norazam ketika dihubungi di sini.Setakat berita ini ditulis, belum ada apa-apa pengesahan daripada polis tentang kejadian itu. - Bernama

ancaman bom

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel