suria

Polis dalam perjalanan nak tunai umrah, antara tujuh cedera terbabit kemalangan

Kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres dengan sebuah lori tangki, di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, selepas Terowong Menora, petang Khamis.

IPOH: Seorang anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar yang dalam perjalanan menunaikan ibadah umrah antara tujuh cedera dalam kemalangan di Kilometer 257 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan, selepas Terowong Menora, Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu melibatkan sebuah bas ekspres dengan sebuah lori tangki.

"Siasatan awal mendapati lori tangki dari arah selatan menghala ke arah utara telah hilang kawalan kemudian terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh bas ekspres tersebut.

"Kesemua tujuh mangsa termasuk dua anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh," katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Menurut beliau, jumlah penumpang bas ekspres berkenaan yang dalam perjalanan dari Kuala Kangsar menuju ke Kuala Lumpur belum dikenal pasti dan siasatan kes masih dijalankan.

Menurut Twitter PLUS, kemalangan berkenaan menyebabkan trafik perlahan sehingga 12 kilometer di kedua-dua arah. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pilu tiga ibu rayu anak pulang

Artikel Lain