suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mas Ermieyati sertai Bersatu

Mas Ermieyati Samsudin.

MELAKA: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, yang juga bekas Ketua Pergerakan Puteri Umno pada Khamis mengumumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Mas Ermieyati menerusi kenyataan pada Khamis berkata penyertaannya ke dalam parti itu dibuat atas dasar mahukan yang terbaik untuk pengundi Masjid Tanah dan sentiasa mencari solusi yang lebih berkesan dalam membela kepentingan mereka.

"Saya sentiasa mahukan yang terbaik untuk pengundi Masjid Tanah dan sentiasa mencari solusi yang lebih berkesan dalam membela kepentingan mereka. Maka atas dasar inilah, setelah bermuhasabah dan memikirkan sedalamnya, saya mengambil keputusan untuk menyertai Parti Pribumi (Bersatu).

"Saya berharap dapat turut sama membantu usaha Bersatu selaku parti komponen kerajaan dalam melaksanakan agenda pemerkasaan wanita muda, di samping bersikap lebih terbuka dalam memperjuangkan nasib belia supaya mereka dapat merasai satu kehidupan yang lebih baik dan juga untuk mewujudkan masa hadapan yang lebih cerah bagi Malaysia," katanya.

Beliau berkata inilah jalan terbaik dalam kerangka Malaysia yang majmuk dan berterima kasih kepada Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad serta kepimpinan parti itu menerima kemasukannya.

Katanya beliau turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah membantunya, terutama di Parlimen Masjid Tanah, yang banyak membantunya sepanjang berkhidmat sebagai anggota parlimen di kawasan itu.

"Semoga Malaysia baharu ini akan mewujudkan budaya politik lebih matang dan inklusif, di samping meletakkan tadbir urus dan integriti sebagai keutamaan. Sudah tiba masanya semua pihak tanpa mengira fahaman politik dapat mencari satu titik persamaan demi kepentingan rakyat," katanya. - BERNAMA

Mas Ermieyati, Bersatu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain