Adib masih perlu bantuan beberapa mesin sokongan pulih organ - KP Bomba

PEKAN: Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 yang parah dipukul perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, Selangor masih lagi bergantung kepada beberapa mesin sokongan untuk memastikan organ dalamannya dapat dipulihkan pada tahap optima.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata perkara itu dimaklumkan oleh doktor pakar Insitut Jantung Negara (IJN) yang memantau rapi perkembangan anggota bomba berkenaan sejak dimasukkan ke pusat perubatan itu pada malam 28 November lalu.

“Pada hari ini keadaannya masih lagi kritikal tetapi stabil, namun telah banyak menunjukkan perkembangan yang positif dan kami percaya beliau mempunyai kekuatan untuk sembuh semula dengan bantuan serta usaha oleh doktor-doktor pakar IJN.

“Pihak doktor pakar juga menyatakan beberapa peralatan bantuan masih digunakan untuk pastikan fungsi pernafasan, aliran darah dan jantung dapat dipulihkan ke tahap optima,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Istiadat Pengurniaan Darjah dan Pingat Kebesaran Negeri Pahang Sempena Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini, Sabtu.

Pada majlis itu seramai 178 individu menerima darjah dan kurniaan pingat yang disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Mohammad Hamdan dikurniakan Darjah Sultan Ahmad Shah (DSAP) yang membawa gelaran Datuk.

Awal bulan ini, doktor telah pun menghentikan mesin sokongan jantung kepada Muhammad Adib apabila jantungnya didapati telah mampu berfungsi sendiri.

Sementara itu beliau turut menasihati orang awam supaya menghindari kawasan rekreasi yang berisiko tinggi terutama pada musim cuti sekolah dan musim tengkujuh ini untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Taburan hujan kali ini kami percaya bukanlah seperti 2014, tetapi kami tidak menolak kemungkinan perubahan cuaca itu boleh menyebabkan berlaku kenaikan air pasang dan hujan secara mendadak.

“Sentiasa peka dengan amaran dan arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi serta agensi yang berkenaan berkaitan dengan pengurusan bencana banjir ini,” katanya.

Dalam masa yang sama, katanya cuti lebih 10,000 anggota dan pegawai JPBM di seluruh negara telah dibekukan sementara, sebagai persiapan untuk menghadapi musim tengkujuh dan banjir terutama tiga negeri di pantai timur, Kedah serta Pulau Pinang.-- Bernama

Adib, bomba, Hamdan, IJN

Artikel Sebelum

Tun M tak hadir himpunan Suhakam esok

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duduk rumah, pesan online, kami hantar order! Jom semak senarai servis makanan di kawasan sekitar anda

SEPANJANG tempoh PKP, orang ramai digalakkan membuat pembelian secara dalam talian.

Artikel Lain