suria

Pakej pelancongan ke Eropah tak wujud, bekas Ahli Parlimen rugi RM8,000 ditipu ejen

Bekas ahli parlimen itu sedar dia sudah ditipu setelah gagal menghubungi ejen selepas melakukan transaksi. FOTO: Goodreturns

SIBU: Seorang bekas Ahli Parlimen Sarawak ditipu RM8,000 oleh sebuah pakej pelancongan yang tidak wujud.

Mangsa yang berusia 67 tahun mendakwa seorang paderi dari Bintagor memaklumkannya mengenai lawatan gereja ke Eropah sempena ulang tahun ke-100 mereka.

"Pakej itu, dengan kos RM12,5000 setiap kepala merangkumi lawatan ke Rome, Itali, Lourdes, Perancis dan Portugal.

"Mangsa dan isterinya tertarik dengan pakej dan menghubungi ejen yang seterusnya menasihatkan mereka supaya membuat pembayaran ke sebuah akaun bank," ujar Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superintenden Martin Koo.

Mangsa membuat pembayaran pada 9 November lalu.

Menurut Koo, mangsa bagaimanapun gagal menghubungi ejen berkenaan selepas dia membuat transaksi pembayaran, sebelum menyedari dia sudah ditipu.

Kes kini disiast di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Difahamkan, paderi yang memaklumkan pakej berkenaan kepada bekas ahli parlimen itu juga tidak menyedari bahawa lawatan berkenaan adalah satu penipuan sahaja.

Artikel Lain