suria

Kad kahwin tersebar, Zairil - Dyana Sofya sah kahwin 9 Disember

SHAH ALAM: Ahli Jawatankuasa Sosialis Muda DAP (Dapsy) Kebangsaan, Dyana Sofya Mohd Daud mengesahkan bakal berkahwin dengan bekas Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, 9 Disember ini.

Pengesahan itu dibuat beliau ketika ditanya tentang kad undangan yang tertera namanya dengan pasangannya yang tersebar di media sosial baru-baru ini.

”Betul la tu," katanya ringkas bagi mengesahkan kad undangan perkahwinannya itu ketika dihubungi Sinar Harian, Jumaat.

Pasangan berkenaan mengikat tali pertunangan pada Mac lalu.

Sebelum ini, Dyana Sofya pernah bertanding dalam PRK Parlimen Teluk Intan pada 2014 sebagai calon DAP, namun tewas dengan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong, menerusi majoriti tipis 238 undi.

Dalam PRK itu, BN menang kerusi Parlimen Teluk Intan menerusi Siew Keong, yang memperoleh 20,157 undi, manakala Dyana Sofya meraih 19,919 undi.

Dyana Sofea, Zairil, kahwin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain