"Tiada rancangan untuk hentikan perkhidmatan bas perantara itu buat masa ini" - Semasa | mStar

"Tiada rancangan untuk hentikan perkhidmatan bas perantara itu buat masa ini"

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan tiada rancangan untuk menggantikan perkhidmatan bas perantara dengan perkhidmatan e-panggil di stesen-stesen MRT.

Menterinya Anthony Loke menyifatkan pengumuman oleh setiausaha politik Menteri Kewangan Tony Pua mengenai perkara itu adalah sebagai pandangan peribadi beliau semata-mata.

“Bagi pihak kementerian, kami tiada rancangan untuk menghentikan perkhidmatan bas perantara itu buat masa ini,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini pada Rabu.

Loke menambah, kementerian sedang mengkaji untuk mengintegrasikan perkidmatan itu dengan perkhidmatan bas yang lain dan berharap dapat mengeluarkan pas bulanan bagi perkhidmatan itu secepat mungkin.

Dilaporkan para pengusaha syarikat teksi tidak berpuas hati dengan pengumuman Pua yang mengatakan kerajaan sedang berunding dengan syarikat e-panggil Grab untuk menyediakan perkhidmatan kepada pengguna MRT.

Terdahulu, lebih 100 pemandu teksi berkumpul di Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini bagi membantah rancangan penggantian perkhidmatan bas perantara itu.

Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd Datuk Shamsubahrin Ismail mempersoalkan pemilihan Grab berbanding menjalinkan kerjasama dengan 45 syarikat teksi yang terdapat di Malaysia.

"Sekiranya hanya Grab diberikan, apa akan jadi dengan nasib pemandu teksi," katanya yang juga penganjur perhimpunan itu kepada media selepas menyerahkan memo kepada wakil Kementerian Kewangan.

Kumpulan pemandu teksi itu turut memberi tempoh 24 jam kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng untuk memberi penjelasan mengenai kenyataan Pua itu.- Bernama

Bas perantaraan , Anthony Loke

Artikel Berikut

Ahmad Zahid didakwa Jumaat?

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain