suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Permohonan isteri Nazrin ditolak, proses gali semula kubur diteruskan

Pemandangan tanah perkuburan Islam di Kota Damansara. Foto AZMAN GHANI/The Star

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini membenarkan penggalian kubur jenazah Ketua Pegawai Eksekutif, Nazrin Hassan.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis tiba di tanah perkuburan untuk gali semula kubur CEO Cradle

Ia selepas Hakim, Mohtarudin Baki, yang mempengerusikan panel tiga hakim, menolak permohonan isteri Nazrin, Samirah Muzaffar yang mahu menangguhkan perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin.

Mohtarudin berkata, tiada merit dalam permohonan Samirah.

Beliau juga menolak permohonan Samirah untuk menangguhkan perintah mahkamah tinggi dan mahkamah majistret Petaling Jaya.

Hakim lain di dalam panel itu ialah Abdul Karim Abdul Jalil dan Rodzariah Bujang.

Samirah membuat permohonan untuk penangguhan bagi meneliti sama ada arahan untuk menggali kubur jenazah suaminya mengikut undang-undang.

Nazrin, yang maut dalam kebakaran di kediamannya pada 14 Jun lalu, ditemui dengan 30 peratus kesan lecur pada badannya, di tingkat atas rumah dua tingkatnya.

Polis telah mengklasifikasi semula kes itu sebagai bunuh berikutan siasatan forensik oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Beberapa individu direman dan dibebaskan dalam siasatan kes pembunuhan itu, termasuk isteri Nazrin dan bekas suaminya, pasangan suami isteri yang dikaitkan dengan isterinya, serta dua anak tiri.

Nazrin Hassan

Artikel Berikut

Artikel Lain