suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada lagi ‘raba-raba’ penumpang di KLIA, KLIA2 - Loke

Gambar hiasan.

SEPANG: Tiada lagi kaedah 'raba-raba' penumpang di pusat pemeriksaan imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) pada masa akan datang, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

"Wartawan yang membuat liputan di Parlimen tahu ada seorang lelaki kelakar dari Kinabatangan Sabah yang guna perkataan 'raba-raba' setiap kali dia ke lapangan terbang.

"Jadi, tiada lagi 'raba-raba' di lapangan terbang apabila mesin sinaran-X dipasang pada suku kedua tahun depan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pecah tanah pusat pemprosesan untuk kru berlepas di KLIA2 di sini pada Jumaat.

Kata Loke, mesin sinaran-X itu menggantikan keperluan pihak keselamatan lapangan terbang untuk melakukan pemeriksaan ke atas tubuh penumpang.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin membangkitkan isu tersebut di Parlimen pada 2014 dan tahun lalu.

Beliau mendakwa beberapa penumpang diraba secara berbeza mengikut cara petugas keselematan mengendalikan setiap kes.

Bung mencadangkan operator lapangan terbang memasang pengimbas bagi mengelakkan penumpang diraba. - The Star

KLIA, KLIA2

Artikel Lain