Reaksi KJ sejurus Anifah Aman umum keluar Umno - Semasa | mStar

Reaksi KJ sejurus Anifah Aman umum keluar Umno

PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin menjadi antara ahli Umno yang terawal memberi reaksi berhubung pengunduran Datuk Seri Anifah Aman dari parti itu.

"Sand.Bury.Head (Pasir.Tanam.Kepala)" tulisnya ringkas di laman Twitter pada Rabu sambil mengulang kicau posting berita berkenaan.

Tweet yang ditulis KJ sejurus berita mengenai Anifah Aman mula tersebar di media.

Dalam tempoh kurang 24 jam yang lalu, Khairy atau KJ turut menulis Tweet berhubung pengumuman Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mengumumkan keluar dari parti itu.

"Saya telah bersuara mengenai hubungan antara parti saya dengan PAS dan menerima padah apabila diserang dari dalam parti selama ini.

"Sekarang kita kehilangan pemimpin dari dalam parti ini. Seroang yang bijak dan baik," tulisnya pada Selasa.

Mustapa, Ahli Parlimen Jeli yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno menyifatkan hala tuju parti itu kini tidak lagi selari dengan prinsip perjuangannya selama ini.

Susulan Tweet respon KJ mengenai dua pengumuman dalam tempoh 24 jam itu, pengguna laman sosial turut mempersoalkan sama ada beliau akan turut serta keluar dari Umno selepas ini.

Anifah Aman , Khairy Jamaluddin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Selepas Tok Pa, Anifah Aman umum keluar Umno

Artikel Berkaitan

Artikel Lain