suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bung Moktar kata "ada lagi!"

Datuk Seri Bung Moktar Radin

SANDAKAN: Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata memang terdapat ramalan dan sumber yang mengatakan bahawa akan ada lagi anggota parlimen Umno akan keluar parti.

Namun, beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah berkata ini masih tidak boleh didedahkan kerana bimbang akan menjadi fitnah.

"Dalam senario sekarang akan ada anggota parlimen Umno termasuk dari Sabah akan ikut (keluar parti)," katanya kepada Bernama, Rabu.

Terbaru, dua lagi anggota parlimen Umno mengumumkan keluar dari parti iaitu Datuk Seri Mustapa Mohamed (Parlimen Jeli) dan Datuk Seri Anifah Aman (Parlimen Kimanis).

Ditanya jika kemungkinan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman akan menurut langkah adiknya Anifah keluar dari Umno, beliau enggan mengulas lanjut.

Mengenai kedudukannya dalam Umno, Bung Moktar berkata beliau akan terus kekal dalam parti itu yang menjadi wadah perjuangannya.

Menurutnya beliau tidak akan membuat keputusan yang akan menjejaskan perjuangan parti itu kerana percaya Umno akan bangkit semula.
-Bernama

keluar parti, Umno, Bung Moktar

Artikel Lain