Zakaria sangkal dakwaan dipecat

PELABUHAN KLANG: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV), Datuk Zakaria Arshad menyangkal dakwaan beliau telah dipecat sebagai ahli lembaga pengarah syarikat tersebut.

Zakaria sebaliknya menjelaskan beliau telah melepaskan jawatan itu dengan persetujuan ahli lembaga pengarah yang lain, bertujuan menjaga integriti dan ketelusan syarikat berkenaan.

“Sebelum ini kami (ahli lembaga pengarah) telahpun berbincang untuk memisahkan kuasa ahli lembaga pengarah dan pihak pengurusan kerana tidak mahu wujud konflik kepentingan di situ.

“Ini kerana apabila saya memegang jawatan CEO (Ketua Pegawai Eksekutif ), ahli lembaga pengarah lain sukar untuk membuat keputusan berhubung apa-apa tindakan ke atas syarikat kerana adanya saya sebagai CEO dalam kalangan ahli lembaga pengarah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran ‘Inisiatif FGV-MPOB (Lembaga Minyak Sawit Malaysia) Dalam Menerajui Penggunaan B10' di sini.

Sehubungan itu, Zakaria berkata menerusi mesyuarat agung tahunan syarikat pada Jun lepas, beliau telah menyatakan persetujuan dan memutuskan untuk melepaskan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan.

“Spekulasi mengatakan saya dipecat itu tidak benar. Keputusan melepaskan dan menamatkan jawatan saya sebagai ahli lembaga pengarah dicapai supaya syarikat lebih telus dan sekiranya ada melibatkan perkara sensitif, ahli lembaga pengarah boleh berbincang dengan lebih bebas," katanya.

Pada Rabu, FGV dalam satu kenyataan berkata, khidmat Zakaria sebagai ahli lembaga pengarah syarikat perniagaan pertanian itu ditamatkan berkuat kuasa semalam.

Tindakan tersebut dibuat selepas FGV menerima surat daripada pemegang saham khas yang menarik balik pelantikan Zakaria sebagai ahli lembaga pengarah dalam pelaksanaan perlembagaan baharu FGV.

Sementara itu, mengulas mengenai perubahan penstrukturan operasi pengurusan syarikat tersebut, Zakaria menjelaskan tiada sebarang perubahan berlaku.

“Apa yang berlaku hanya melibatkan kakitangan yang bersara sahaja yang mana tempat mereka digantikan kakitangan lain, proses ini tidak melibatkan sebarang penstrukturan semula organisasi syarikat,” katanya.- Bernama

Zakaria Arshad

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain