suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

12 pegawai JPJ ditahan, salah guna kuasa dan rasuah

PUTRAJAYA: Seramai  12 pegawai dan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditahan bagi dakwaan  rasuah dan salah guna kuasa yang melibatkan pengeluaran 14,000 lesen memandu.

Mereka yang ditahan termasuk timbalan pengarah dan penolong pegawai penguatkuasa di pejabat JPJ di Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata penangkapan itu dibuat dari 4 September hingga kini, dan melihat tindakan penyalahgunaan kuasa di kalangan kakitangan kementerian sebagai satu kesalahan serius.

"Kakitangan JPJ telah menggunakan kedudukan mereka dan amalan rasuah untuk mengeluarkan lesen memandu tanpa prosedur ynag ditetapkan.

Kakitangan JPJ itu jelas mengenakan bayaran tertentu - menggunakan kedudukan mereka untuk membantu yang ingin mendapatkan lesen dengan  pertukaran prosedur lesen memandu asing.

Sindiket dikatakan mengenakan antara RM2,000 dan RM3,500 bagi setiap lesen dan kebanyakan pelanggan mereka adalah rakyat Malaysia dan warganegara China.

JPJ

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jamal mengaku tidak bersalah

Artikel Lain