suria

Muhammad Shafee dibenar ikat jamin RM1 juta

Muhammad Shafee Abdullah.

KUALA LUMPUR: Peguam kanan, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah dibenarkan ikat jamin sebanyak RM1 juta.

ARTIKEL BERKAITAN: Muhammad Shafee mengaku tidak bersalah empat tuduhan

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Azura Alwi membenarkan ikat jamin dengan dua penjamin, iaitu RM500,000 yang akan dibayar pada Khamis, manakala baki RM500,000 akan dibayar pada Selasa depan (18 September).

Beliau turut mengarahkan Muhammad Shafee menyerahkan kedua-dua pasport Malaysia dan diplomatik.

Terdahulu, Muhammad Shafee Abdullah di Mahkamah Sesyen di sini mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan menerima wang daripada aktiviti haram.

Beliau mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, membabitkan wang berjumlah RM4.2 juta dan RM5.2 juta yang diterima daripada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Muhammad Shafee juga mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967.

Bekas hakim Datuk Seri Gopal Sri Ram mengetuai pasukan pendakwaan terhadap Muhammad Shafee.

Muhammad Shafee Abdullah

Artikel Sebelum

Shafee minta Gopal tarik diri

Artikel Berikut

Artikel Lain