suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rabies: Sarawak catat satu lagi kematian

KUCHING: Seorang lelaki berusia 44 tahun dari Jalan Matang yang positif rabies encephalitis atau penyakit anjing gila meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) kira-kira 10 pagi Selasa.

Dalam satu kenyataan di sini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata lelaki itu dimasukkan ke HUS pada 16 Ogos lalu selepas mengalami simptom rabies ketika mendapatkan rawatan pesakit luar pada 6 Ogos.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, pesakit tidak mempunyai sejarah digigit anjing atau haiwan lain namun pernah memukul seekor anjing liar yang telah menggigit isterinya pada 13 Januari lalu.

“Ketika itu pesakit mempunyai luka terbuka di tangan kanan. Dilaporkan bahawa anjing tersebut kemudiannya telah mati dan pesakit tidak mendapatkan sebarang rawatan walaupun telah membawa isterinya ke hospital untuk rawatan dan vaksinasi,” demikian menurut kenyataan itu.

Menurut KKM, isteri mangsa kini berada dalam keadaan sihat dan telah melengkapkan jadual vaksinasi antirabies sebanyak empat dos. - BERNAMA

rabies

Artikel Berikut

Artikel Lain