Aidiladha dirai dengan aman, tenteram

Sultan Muhammad V (empat, kiri) berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al Ismaili, Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan pagi Rabu.

KUALA LUMPUR: Umat Islam di seluruh negara pada Rabu menyambut Aidiladha dalam suasana penuh aman dan tenteram meskipun baru melalui peralihan kerajaan selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lepas.

Hari raya korban yang memuliakan kesediaan Nabi Ibrahim untuk mengorbankan anaknya kepada Allah SWT selain menandakan sempurnanya ibadah haji disambut dengan penuh kesederhanaan, dilengkapi dengan rasa syukur dan semangat pengorbanan.

Malah, cuaca yang cerah di kebanyakan negeri turut membolehkan umat Islam menunaikan solat sunat hari raya dalam keadaan selesa diikuti ibadah korban yang dilaksanakan secara bergotong royong sama ada di peringkat masjid, kampung mahupun daerah.

Di KELANTAN, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha bersama ribuan rakyat di Masjid Al-Ismaili di Tumpat dan baginda diiringi Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Sementara di Kota Bharu, Pemangku Raja Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra berkenan untuk solat sunat Aidiladha bersama rakyat di Masjid Muhammadi sambil diiringi Tengku Temenggong Kelantan Tan Sri Tengku Muhammad Rizam Tengku Abdul Aziz, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan barisan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri.

Di KUALA LUMPUR, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negara bersama-sama lebih 10,000 umat Islam.

Beliau diiringi dua anaknya iaitu Tan Sri Mokhzani dan Datuk Seri Mukhriz disambut Imam Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Tun M menunaikan solat Aidiladha yang diimamkan Iman Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad. - fotoBERNAMA

Syaikh Ismail dalam khutbah Aidiladha bertajuk 'Aidiladha: Manifestasi Penyerahan Erti Sebuah Pengorbanan' menyeru umat Islam bertawakal kepada Allah SWT dan menjadi masyarakat berkasih sayang.

“Orang yang beriman pasti akan diuji oleh Allah dalam bentuk musibah dan nikmat bagi mengukur kebenaran dan kekuatan iman maka dengan itu umat Islam harus berserah dan bergantung hanya kepada Allah yang menetapkan segala ketentuan dan sentiasa berusaha membangun dan memajukan diri,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut bersama-sama penduduk dalam kawasan Parlimen beliau untuk menunaikan solat sunat Aidiladha di Surau Al-Falah, Taman Cempaka, Pandan, dekat sini.

Di SELANGOR, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha bersama-sama umat Islam di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong.

Turut mengiringi baginda, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad dan Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid.

Baginda dan Tengku Permaisuri kemudian turut berkenan bersalaman dengan jemaah yang hadir.

Di KEDAH, Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim turut berkenan berangkat ke Masjid Zahir bagi menunaikan solat sunat Aidiladha bersama-sama kira-kira 1,000 umat Islam.

Di MELAKA, Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Adly Zahari menyertai lebih kurang 5,000 muslimin dan muslimat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Azim di Bukit Palah, yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Al Azim, Datuk Mohammad Hashim.

Turut hadir Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Md Yusof dan Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md. Akin.

Selepas solat sunat Aidiladha, Mohd Khalil dan tetamu mengambil kesempatan bersalaman dengan jemaah di masjid berkenaan. - BERNAMA

Aidiladha

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain