suria

Kadir Jasin dilantik penasihat khas kepada Tun M

KUALA LUMPUR: Datuk A.Kadir Jasin mengesahkan pelantikannya sebagai penasihat media dan komunikasi di Pejabat Perdana Menteri.

Wartawan veteran itu yang juga anggota Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata beliau menerima surat pelantikan jawatan 'penasihat khas' pada lewat Julai.

Namun beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, lapor Malaysikini pada Rabu.

Kadir pernah berkhidmat sebagai Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) sebelum melepaskan jawatannya pada 9 Jun lalu selepas dikecam gara-gara membuat pendedahan mengenai perbelanjaan Sultan Muhammad V.

Katanya, keputusan itu dibuat demi mengelak kekeliruan dalam kalangan masyarakat berkaitan peranannya dalam Majlis tersebut serta pandangan beliau dalam blog dan kolum mingguan di akhbar Sinar Harian.

A. Kadir Jasin, penasihat khas, Tun M

Artikel Sebelum

Artikel Lain