suria

Najib tiba di mahkamah

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta untuk berdepan tiga pertuduhan baharu.

Dikawal ketat polis pengiring, beliau memasuki perkarangan mahkamah kira-kira pukul 8.50 pagi Rabu dengan menaiki kereta Toyota Vellfire miliknya.

Ratusan wartawan berkumpul di luar perkarangan mahkamah sejak pukul 6 pagi bagi menunggu ketibaan Najib.

Pegawai mahkamah dan polis hanya mengeluarkan pas kepada 71 wartawan yang akan dibenarkan masuk ke dalam kamar perbicaraan.

Satu perhimpunan dijadualkan diadakan di perkarangan mahkamah bagi memberi sokongan kepada Najib.

Sekumpulan kecil penyokongnya sudah kelihatan di luar pintu masuk tetapi tiada kekecohan berlaku setakat ini.

Pada Selasa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dalam satu kenyataan, memaklumkan Najib hadir ke Akademi Pencagahan Rasuah Malaysia (MACA) bagi memberi keterangan selama kira-kira 45 minit

Pada 4 Julai lalu, Najib, 65, didakwa atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalah guna jawatan untuk kepentingan peribadi melibatkan RM42 juta berkaitan syarikat SRC International.

Kes itu akan disebut pada Rabu di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Najib Tun Razak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain