suria

Malaysia bimbang keselamatan aktivis negara selepas kapal dipintas Israel

Afandi yang ditemui media sebelum berlepas ke Palermo, Itali pada 15 Julai lalu bagi menyertai siri terakhir flotilla ke Gaza bersama 25 aktivis daripada pelbagai negara. - Bernama

KUALA LUMPUR: Malaysia amat bimbang terhadap keselamatan semua aktivis, termasuk Dr Mohd Afandi Salleh (gambar) dari Humanitarian Care Malaysia (MyCare), selepas kapal Freedom Flotilla yang membawa bekalan ubat-ubatan untuk rakyat Palestin di Gaza dipintas oleh tentera Israel pada Ahad (29 Julai).

Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini pada Isnin berkata pihak berkuasa Israel perlu mempastikan  kebajikan dan keselamatan mereka di atas kapal tersebut "ll-Awda".

Malaysia turut menggesa supaya mereka dibebaskan segera. Menurut kenyataan itu, Kedutaan Malaysia di Kaherah sedang memantau keadaan dari dekat dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Palestin bagi mengusahakan pembebasan Dr Mohd Afandi.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia kutuk tindakan Israel pintas kapal ‘Freedom Tortilla’

Kapal tersebut yang melakukan misi damai di bawah Freedom Flotilla Coalition membawa 22 orang dari pelbagai negara.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa masyarakat antarabangsa  menyertai Malaysia dalam mengutuk tindakan Israel dan menggesa dihentikan sekatan di Gaza.

Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata sekatan di Gaza itu perlu dihentikan segera dan rakyat Palestin dibenarkan bergerak bebas. - Bernama

MyCare, Freedom Tortilla

Artikel Sebelum

Artikel Lain