suria

Jenazah pendaki Malaysia dijangka tiba hari ini

PETALING JAYA: Jenazah pendaki Malaysia Siti Nur Iesmawida Ismail yang meninggal dunia di Gunung Rinjani, Indonesia dijangka tiba di negara ini pada Selasa.

Menurut laporan media, kakak mangsa Siti Nurhanez Ismail berkata, jenazah adiknya tidak dapat dihantar pada Isnin kerana proses kertas kerja.

Suaminya, Mohd Hafiz Kassim, 30, terbang ke Lombok kira-kira pukul 8 pagi Isnin untuk menyelesaikan proses kertas kerja itu.

Ketika dihubungi The Star petang Isnin, dia berkata tidak boleh bercakap banyak kerana sibuk bertemu dengan pihak berkuasa tempatan.

Bapa Allahyarhamah, Ismail Abdul Raffar berkata, keluarga hanya mengetahui tentang kematiannya melalui laporan media dan masih menunggu perkara yang perlu diselesaikan di Indonesia.

Sementara itu, Malaysia akan menghantar bantuan bagi usaha menyelamat di Lombok.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia berhasrat untuk menghantar bantuan berikutan gempa bumi itu yang melanda negeri itu pada Ahad.

Gempa berkekuatan 6.4 magnitud melanda destinasi pelancongan Indonesia, Lombok pada kira-kira pukul 7 pagi Ahad, menyebabkan sekurang-kurangnya 16 orang maut dan kira-kira 160 yang lain cedera.

Pada Ahad, Kementerian Luar mengesahkan bahawa seorang rakyat Malaysia maut dan enam lagi cedera.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain