suria

Bekas KP MEIO buat laporan polis

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid akan membuat laporan polis berhubung dakwaan menghantar surat kepada Agensi Risikan Pusat (CIA).

Perkara itu dimaklumkannya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat selepas dinasihatkan peguam beliau untuk berbuat demikian.

"Saya akan mengeluarkan satu kenyataan akhbar untuk menerangkan keadaan sebenarnya," katanya.

Beberapa paparan skrin surat tersebut menjadi tular baru-baru ini dengan Hasanah didakwa meminta Pengarah CIA, Gina Haspel terus menyokong pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Dalam surat itu, Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan sebagai anti-Barat, anti-Yahudi dan autokratik.

Surat itu didakwa ditulis pada 4 Mei, seminggu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

CIA, MEIO, Najib Tun Razak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

HFMD boleh bawa maut!

Artikel Lain