suria

Khazanah: Letak jawatan keputusan bijak - Guan Eng

Lim Guan Eng.

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyifatkan keputusan semua ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad meletakkan jawatan sebagai bijaksana.

Guan Eng berkata, beliau menerima keputusan tersebut yang dianggapnya telah memberi pilihan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menentukan kepimpinan Khazanah.

"Itu keputusan mereka dan mungkin mereka nak beri peluang untuk PM tentukan hala tuju sama ada lembaga pengarah dulu yang dilantik oleh kerajaan lama diteruskan atau dilantik yang baru.

"Ini keputusan yang bijaksana untuk memberikan pilihan kepada PM," katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Ditanya sama ada Perdana Menteri akan melantik ahli lembaga pengarah yang baharu, Guan Eng berkata, keputusan terletak sepenuhnya kepada Perdana Menteri.

"Kita serahkan pada beliau," katanya.

Khazanah Nasional Berhad dalam satu kenyataan mengesahkan semua sembilan ahli lembaga pengarah termasuk Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar telah meletakkan jawatan.

Khazanah berkata, langkah tersebut adalah bagi memudah cara peralihan yang lancar dan teratur dibawah kerajaan baharu. - Sinar Harian

Khazanah Nasional, Lim Guan Eng

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain