suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Khazanah sahkan lembaga pengarah tawar letak jawatan

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd mengesahkan laporan berita bahawa semua anggota lembaga pengarah termasuk pengarah urusan telah menawarkan untuk meletakkan jawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Semua lembaga pengarah Khazanah letak jawatan

Dalam kenyataan pada Khamis, Khazanah berkata, langkah itu akan memudahkan peralihan yang lebih lancar dan teratur di bawah kerajaan baharu.

"Lembaga pengarah yang ada sekarang gembira dapat berkhidmat, dan merasakan adalah wajar untuk menawarkan budi bicara dan mengesahkan semula bidang kuasa kerajaan baharu bagi membentuk lembaga pengarah baharu.

"Kami akan mengeluarkan kenyataan lanjut apabila mempunyai butiran mengenai penyusunan semula lembaga pengarah," menurut Khazanah.

Sebelum ini, pihak media melaporkan bahawa peletakan jawatan itu adalah reaksi kepada kritikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pengurusan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Kesemua sembilan anggota lembaga pengarah dana kekayaan negara itu, termasuk pengarah urusan, telah mengemukakan peletakan jawatan mereka.

Dr Mahathir dilaporkan sebagai berkata, walaupun GLC kehilangan wang secara tidak boleh dielakkan, namun gaji eksekutif utama mereka adalah sangat tinggi dan menikmatinya tanpa mengambil kira sama ada syarikat membuat keuntungan atau sebaliknya. - Bernama

Khazanah Nasional

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia