suria

Pemimpin parti politik didakwa jual gelaran 'Tan Sri' melalui WhatsApp

PETALING JAYA: Beberapa anggota parti politik membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan seorang ahli politik menjual gelaran kebesaran dan membeli harta di luar kemampuannya.

Ahli sayap pemuda parti tersebut membuat laporan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Sentul pada pukul 10.17 malam Jumaat.

Sumber yang berjawatan tinggi dalam parti itu yang enggan dikenali berkata, anggota parti menerima pesanan WhatsApp daripada nombor asing pada Jumaat.

"Terdapat kebimbangan (selepas menerima pesanan). Mereka rasa dikhianati jika ia benar-benar berlaku," kata beliau.

Sumber tersebut berkata, bagi membersihkan nama baik parti, pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) perlu menyiasat kandungan pesanan WhatsApp tersebut dan dokumen yang dilampirkan bersamanya.

Menurut sumber itu, pesanan itu menyebabkan anggota parti membuat laporan kepada pihak polis, SPRM dan LHDN pada malam yang sama.

Saksi turut mendakwa bahawa beliau melihat dokumen beratus muka surat bagi mengesahkan dakwaan yang dibuat dalam pesanan WhatsApp itu.

Modus operandi yang digunakan oleh pemimpin party itu turut dinyatakan secara jelas dalam pesanan yang diterima mereka.

Pesanan itu menyatakan, pemimpin berkenaan akan meminta setiausaha peribadinya untuk berurusan dengan mereka yang berminat untuk meraih gelaran 'Tan Sri'.

Pembeli gelaran itu akan diminta untuk menghantar cek atau memindahkan wang tersebut terus kepada peguam pemimpin tersebut.

Sebaik sahaja wang berjaya dipindahkan, ahli politik terbabit akan menghantar surat perintah kepada firma guaman untuk membeli hartanah, sama ada di dalam negara atau luar.

Pesanan tersebut turut mendakwa pemimpin itu memiliki hampir RM30 juta nilai hartanah.

politik, tan sri

Artikel Sebelum

Artikel Lain