suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kedai dobi dibaling bom petrol

Gambar hiasan

SIBU: Sebuah kedai dobi layan diri 24 jam di Lorong Lanang 2 di sini mengalami kebakaran kecil dipercayai akibat perbuatan khianat awal pagi Rabu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata mereka menemui dua botol yang mengandungi minyak petrol ketika tiba di lokasi kejadian selepas dimaklumkan mengenai kebakaran tersebut pada 6.17 pagi.

Menurutnya jurucakap itu, botol tersebut dipercayai dibaling ke arah kedai dobi dan ditemukan di depan pintu masuk kedai tersebut.

Pasukan bomba  hanya membuat pemadaman di luar menggunakan salur bantu mula dengankerosakan akibat kebakaran itu hanya pada tahap lima peratus, katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikan kes sebagai perbuatan khianat menggunakan api di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan.Beliau berkata pihaknya sedang menyiasat motif kejadian dan mengesan pihak yang terlibat. - Bernama

dobi 24 jam

Artikel Berikut

Artikel Lain