suria

Jamal tiba di KLIA, ikut laluan sulit

PETALING JAYA: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 3.15 petang Khamis.

Beliau tiba dari Jakarta, Indonesia selepas berjaya ditahan Polis Negara Republik Indonesia (Polri) pada Isnin.

Bagaimanapun, Jamal dibawa keluar melalui laluan sulit dan difahamkan akan terus ke Mahkamah Majistret Ampang untuk didakwa.

Penantian pihak media yang tiba seawal pukul 9 pagi, Khamis untuk menembubual pemimpin Gerakan Baju Merah Malaysia itu berakhir dengan sia-sia.

Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad pada Khamis berkata, Jamal akan didakwa di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan.

Kata beliau, Jamal juga mempunyai dua waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Ampang pada 25 Mei lalu untuk dua pertuduhan yang dihadapkan terhadap beliau di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Katanya, waran tangkap tersebut dikeluarkan kerana Jamal melarikan diri sebelum mahkamah sempat mengikat jamin terhadapnya.

Pada Rabu, sepasukan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor akan dihantar ke Indonesia bagi membawa pulang Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu.

Jamal Yunos

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain