suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jho Low di Macau selepas elak ditahan

PUTRAJAYA: Ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low yang diburu oleh pihak berkuasa Malaysia bagi membantu siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kini berada di Macau, kata Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Ketua Polis Negara berkata ahli perniagaan itu sengaja mengelakkan dirinya daripada ditahan pihak polis.

"Tempoh hari, kami menghantar pasukan kami ke Hong Kong, tapi sebaik kami tiba di sana, dia (Jho Low) pergi ke Macau.

"Itu adalah perkara terkini yang kami tahu mengenainya," kata beliau kepada pemberita pada Khamis.

Jabatan Imigresen pada Rabu berkata, pasport Jho Low telah pun dibatalkan dan ketua pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali memberitahu The Star bahawa pembatalan itu berkuat kuasa bermula 15 Jun.

"Pembatalan itu dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," kata Mustafar.

Pada tarikh sama (15 Jun), perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak tawaran Jho Low untuk bertemu di Dubai bagi membantu siasatan sebagai tukaran kepada imuniti hukuman berkaitan skandal 1MDB.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Mohd Shukri berkata, pihak berkuasa dari pelbagai negara masih memburu Jho Low yang sudah tiga tahun melarikan diri.

Jho Low, 1MDB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia