suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar tahun lima maut dihempap pokok tumbang

KUANTAN: Seorang pelajar tahun lima maut manakala rakannya parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dihempap pokok tumbang akibat ribut dalam kejadian di Felda Jenderak Selatan, Kuala Krau, petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Zundin Mahmood berkata mangsa Damia Hannah Kamarudin, 11, disahkan meninggal dunia pada pukul 9 malam Rabu semasa menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

Rakan mangsa, Nur Nabila Natasha Nizan, 12, yang membonceng motosikal milik ibu mangsa itu pula kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital yang sama akibat kecederaan dalaman.

"Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 4.40 petang Rabu, semasa mangsa dan rakannya dalam perjalanan pulang selepas menghadiri sambutan hari raya yang diadakan di Dewan Felda Jenderak Selatan.

"Mereka dipercayai sedang melalui jalan kampung di kawasan Felda itu apabila sebatang pokok tiba-tiba tumbang akibat ribut menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh dan dihempap," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Zundin menambah, setakat ini, tiada unsur jenayah dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut dan pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat untuk menentukan punca kematian mangsa. - BERNAMA

maut, pokok

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia