suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rosmah dilihat keluar dari kediaman tengah malam tadi

KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dilihat keluar dari kediamannya di Langgak Duta, di sini pada pukul 12.09 tengah malam tadi.

Beliau menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna perak serta diiringi sebuah lagi kenderaan lain bewarna hitam.

Tinjauan Bernama di lokasi mendapati terdapat empat lagi orang dalam kenderaan yang dinaiki Rosmah.

Bagaimanapun, identiti mereka serta lokasi yang dituju juga tidak dapat dipastikan.

Najib telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2.35 petang Selasa di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.

Najib ditahan berkaitan kes penyelewengan dana berjumlah RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB. 

Rosmah Mansor, Najib Razak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain