suria

Riza hanya diambil keterangan - Mohd Shukri

PUTRAJAYA: Anak tiri kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Riza Aziz hanya diambil keterangan sahaja dan tiada keperluan untuk menahan beliau setakat ini, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Ketika dihubungi beliau berkata, Riza hanya diambil keterangan berhubung siasatan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Riza selesai memberi keterangan pada 10.30 malam setelah hampir sembilan jam berada di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Riza tiba di bangunan SPRM pada 1.32 tengah hari tadi.

Riza dikaitkan dengan skandal 1MDB apabila syarikat perfileman yang ditubuhkannya didakwa menggunakan dana syarikat pelaburan kontroversi itu untuk menerbitkan sebuah filem.-Bernama

Riza Aziz, SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain