suria

Hari ke-2 Zahid di SPRM

PETALING JAYA: Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi Selasa bagi memberi keterangan berhubung kes yayasan milik keluarganya.

Bekas timbalan perdana menteri itu tiba pada pukul 9.50 pagi menaiki SUV hitam.

Kehadirannya pada hari ini berhubung dakwaan penyelewengan dana yayasan kebajikan di mana beliau ada pengerusinya.

Ia melibatkan dana sebanyak RM800,000 yang disalah guna bagi menjelaskan kad kredit milik dirinya dan isteri.

Pada Isnin, beliau telah memberi keterangan selama lebih lapan jam kepada SPRM berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 
Zahid yang tiba di ibu pejabat SPRM pada pukul 9.52 pagi dan keluar pada pukul 6.30 petang ini.

Pada sidang akhbar pertamanya selaku Presiden Umno, belia memaklumkan akan memberi kerjasama kepada SPRM berhubung kedua-dua kes berkenaan.

Ahmad Zahid ketika ditemui pemberita selepas keluar dari ibu pejabat SPRM berkata, pada hari ini beliau selesai memberi keterangan berhubung kes 1MDB dan akan hadir semula esok untuk memberi keterangan berhubung yayasan.

“Hari ini saya selesai memberikan keterangan berhubung kes 1MDB dan akan kembali esok untuk memberi keterangan berhubung kes yayasan pula,” katanya.

Zahid, SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tak layak digelar wali

Artikel Lain