suria

Kempen RM3 sebilik Hotel Lexis untuk Tabung Harapan

PORT DICKSON: Sumbangan RM3 setiap bilik di resort milik Kumpulan Hotel Lexis akan disumbangkan untuk Tabung Harapan Malaysia.

Kempen sejak 25 Jun yang akan berakhir pada 8 Julai ini dijangka mengumpul jumlah keseluruhan sebanyak RM33,390.

"Negara kita memerlukan sumbangan kita sekarang. Sehubungan itu, kami berbesar hati untuk menyokong usaha membangunkan negara ini terutama ketika ini.

Diharap menerusi sumbangan ini, syarikat yang juga komuniti tempatan dapat bersama untuk manfaat negara," kata Presidennya, Mandy Chew Siok Chen.

Menerusi kempen itu, RM3 daripada harga semua 1,216 bilik akan diperuntukan untuk tabung berkenan.

Selain itu, Chew juga mengesahkan semua tiga resort di sini akan menyumbang untuk sektor pelancongan Negeri Sembilan dan menerima sehingga empat juta pelancong dari 141 negara.

 
Dari kanan, Chew bersama Pengarah Komunikasi, Jini Sebastian dan Pengurus Besar, Simon Tan Chu Kian membincangkan mengenai kempen khusus untuk Tabung Harapan Malaysia.


Setakat pukul 3 petang Isnin, kutipan Tabung Harapan mencecah lebih RM132 juta selepas hampir sebulan dilancarkan.

Jumlah sumbangan berkenaan diumumkan melalui laman Facebook rasmi Kementerian Kewangan.

Penubuhan Tabung Harapan diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada 30 Mei lalu bagi membolehkan rakyat Malaysia menyalurkan sumbangan selepas mengetahui paras hutang kerajaan mencecah RM1 trilion.

Penubuhan tabung itu membolehkan kementerian berkenaan menguruskan sumbangan ikhlas rakyat dengan cara yang lebih sistematik dan telus.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan mereka menerusi akaun Maybank 5660 1062 6452 dalam Ringgit Malaysia sahaja.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata sumbangan derma yang disalurkan kepada Tabung Harapan akan hanya digunakan untuk membayar hutang kerajaan.


Tabung Harapan, Lexis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Hari ke-2 Zahid di SPRM

Artikel Lain