GoPro bongkar 'hobi' pemuzik curi pakaian dalam wanita - Semasa | mStar

GoPro bongkar 'hobi' pemuzik curi pakaian dalam wanita

Pemuzik yang didakwa mencuri pakaian dalam wanita disebabkan oleh keputusan impuls.

PETALING JAYA: Siapa sangka, rakan baik yang dianggap seperti adik sendiri sebenarnya seorang lelaki yang hobinya mengumpul pakaian dalam wanita.

Jelik dengan kelakuan tidak bermoral tersebut, seorang editor muzik Shazwan Zulkiffli membuat pendedahan berani di Twitter bagi memberi pengajaran kepada rakannya itu.

Shazwan yang menggunakan akaun Twitter @zespoooky menulis: "Pernahkah anda mendengar seorang kawan yang benar-benar rapat yang anda fikir anda sudah kenali bertahun-tahun, sebenarnya seorang pemburu seks?

"Yea, kami baru sahaja tahu. Ini adalah kisahnya.

"Saya mengenali dia beberapa tahun lalu ketika saya mula-mula menguruskan acara dan gig. Dia tawarkan diri untuk membantu dan terus ikut serta dalam beberapa acara selepas itu," tulis Shazwan pada catatan yang dimuat naik pada Ahad.

Dakwa Shazwan, dia dan rakan-rakan lain menyedari bahawa pemuda terbabit merupakan seorang lelaki miang, cuma tidak tahu sejauh mana perbuatannya itu membahayakan wanita lain memandangkan tiada perkara buruk berlaku.

Namun, segalanya semakin jelas apabila seorang kenalan wanita mereka mula mengadu kehilangan banyak pakaian dalam sejak mereka kerap meluangkan masa di rumah wanita itu secara beramai-ramai.

Enggan kejadian tersebut berulang, mangsa kemudiannya sengaja meletakkan sebuah kamera pada patung anak beruang di biliknya bagi mengetahui gerangan pencuri pakaian dalamnya.

Perbuatan keji tersebut akhirnya berjaya dirakam dan Shazwan mendakwa rakannya yang juga anggota muzik sebuah kumpulan cuba memberikan alasan bahawa ia baru kali kedua dia melakukan perbuatan itu.

Setelah didesak beberapa kali, pemuda tersebut mengakui sudah lebih tiga kali mencuri pakaian dalam wanita.

"Alasan yang diberikan adalah ia merupakan keputusan impuls (sesuatu yang dilakukan tanpa berfikir panjang).

"Dia kata dia lakukannya kerana kadangkala kami biarkan dia berseorangan di ruang tamu dan ketika itu, perkara berkenaan (mencuri pakaian dalam) terlintas di fikirannya," tambah Shazwan yang turut menyertakan gambar rakan tersebut sebagai peringatan kepada golongan wanita agar berhati-hati.

Biarpun tindakannya mendedahkan wajah pelaku itu dikecam netizen, Shazwan beranggapan perbuatan mempertahankan rakannya adalah punca kejadian seperti itu selalu berlaku.

Posting tersebut mendapat lebih 4,300 ulang kicau (retweet) dan 2,500 tanda suka (likes).

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan kumpulan muzik berhubung isu membabitkan anggotanya.

Sementara itu, pihak pengurusan kumpulan N**** S**** & V****** mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka turut terkejut dengan kejadian yang berlaku.

"Ada pendedahan di Twitter berkenaan seorang anggota kumpulan kami yang tular.

"Kami amat terkejut dan berasa jijik dengan apa yang berlaku.

"Sebelum kejadian ini berlaku, kami tidak tahu mengenainya dan berjanji akan mendapatkan maklumat lanjut dengan segera.

"Kami memohon maaf kepada mereka yang terjejas dengan kejadian ini. Jaga diri semua orang," tulis kenyataan itu.

pencuri pakaian dalam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bekas pegawai khas Najib ditahan reman

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain